Selasa, 30 Disember 2014

Manausia,Kemanusiaan dan Kebencanaan

     

          Penghujung tahun 2014,Malaysia dikejudkan peristiwa menyayat hati.Malah tahun 2014 banyak kesedihan berlaku.Paling ketara apabila MH370 hilang dan hingga kini belum diketemui.Diikuti pula dengan peristiwa sama dan menyayat hati dengan tertembaknya MAS MH17.Seluruh negara berkabung dan menyaksikan beberapa siaran langsung upacara penerimaan jenazah dari Amsterdem.Pada penghujung tahun sehingga saat akhirnya,kedukaan rakyat Malaysia ditambah lagi dengan bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri dan paling dahsyat berlakau di pantai timur,terutama Kelantan.Sebelum itu pun terdapat juga bencana alam yang bertaraf tempatan saperti ribut taufan "Puting Beliung" di Kedah.Malah ketika rakyat sibuk dengan banjir,penduduk Balik Pulau,Pulau Pinang ditimpa musibah ribut yang merosakkan kediaman.

        Setelah berlakunya bencana terhadap manusia,terpancarlah juga kerenah-kerenah manusia sejagat.Insan-insan mulai mewar-warkan bantuan.Sama ada melalui individu mahupun badan-badan tertentu saperti NGO dan wakil-wakil parti politik.Gerak kerja sukarela atas dasar keinsanan,simpati dan keinsafan membuatkan banyak keperluan mangsa dikumpul dan dibekalkan ketempat kejadian.Ketika inilah juga media sosial bagitu gahirah sekali melaporkan segala bentuk bantuan ,gerakerja dan usaha-usaha pertolongan .Tidak kurang juga pujian dan cacian sama ada terhadap individu mahupun kumpulan.Penghantaran dan muat-turun gambar-gambar peristiwa dalam media sosial lebih hebat daripada media perdana.Malah mangsa juga dapat dihubungi melalui wasap mahupun FB.

        Melalui paparan media sosial ,kita didedahkan dengan kerenah manusia yang terlibat secara langsung dengan bencana mahupun yang menjadi pemerhati.Nada-nada simpati dan nasihat telah diberikan .Para ustaz dan ulama' mengaitkan dengan bala dan bencana lantaran peringatan Allah kepada manusia supaya menjauhi perkara-perkara maksiat dan kemungkaran.Mereka juga menyeru supaya mangsa bersabar dan terima dengan lapang dada atas ketentuan Illahi.Sungguhpun bagitu ada juga laporan bahawa walaupun mereka ditempatkan di masjid,"Rumah Allah"tetapi bagitu longgar untuk bersama berjemaah.Para sukarelawan pula melaporkan bahawa,mangsa bencana seolah-olaeh punya keistimewaan atas kedudukan mangsa,hanya tunggu untuk makan dan besenang-lenang,tidak tergerak untuk bersama memasak,atau membantu apa saja yang boleh dibuat kepada para sukarelawaan yang menyediakan makanan.Malah ada yang marah-marah apabila makanan tidak mencukupi.

       Paling menyayat hati,apabila dilaporkan bahawa bekalan bantuan yang dah sampai ketempat mangsa dicuri,Siap bawa lori lagi angkut sumbangan orang awam kepada mangsa.Itu belum termasuk cerita memecah dan mencuri di kedai-kedai runcit.Ada juga yang tamak dengan sumbangan.,hendak seberapa banyak banyak yang boleh untuknya.Teringat juga peristiwa banjir besar di utara dan apabila banciaan bantuan kepada mangsa banjir dibuat,terdapat juga yang bukan mangsa pun buat tuntutan bantuan bencana. Perilaku manusia sebagini, amat berbeza dengan apa yang telah diajarkan terhadap amalan-amalan mulia.Manusia dilahirkan mulia,dan merekalah yang kemudiaannya meletakkan diri mereka pada tahap mulia atau sebaliknya.

     Mengimbau kehidupan di kampung zaman kanak-kanak dalam lingkungan usia enam dan tujuh tahun,selalu dinasihati supaya tidak mengambil hak orang tanpa izin.Kebiasaannya di kampung banyak buah-buahan.Bila musim buah-buahan masak ,terutama buah mempelam akan gugur berkelimpangan.Mengingatkan pesanan ibu-bapa tidak seorangpun akan mengambil buah-buah berkenaan.Seingat pada masa itu tidak pula di takut-takut dengan dosa.Persoalan kini,"Apakah nilai yang dipegang oleh segelintir manusia zaman moden ini."Adakah keluarga mereka tidak menekankan tentang nilai-nilai murni saperti yang tersenarai dalam kurikulum pendidikan moral disekolah ?...atau ....
    Teringat juga ,zaman kanak-kanak selalu diajak bersama bergotong-royong membersihakan sawah,Membantu apa saja waktu kenduri kenara.Sekurang-kurangnya sama-sama parut kelapa,basuh pinggan-mangkok atau tolong hidangkan makanan kepada para jemputan.Kerja-kerja mereka tidak pernah diberikan uapah atau seumpamanya.Mereka laksanakan kerja-kerja atas dasar itu adalah amalan turun-temurun.Kalau ada pun mereka diberikan makan awal daripada tetamu jemputan dan dapat minuman istimewa saperti sirap dan kueh buahulu.Satu nilai murni yang paling ketara ialah menghormati orang tua-tua.Kanak-kanak tidak akan bersama kalau orang-orang tua sedang berbual dan jauh sekali mengganggu dengan membuat bising.Nilai oh nilai .Apakah sudah terhakis nilai-nilai mulia kini???